9 Januari 2019 - 13:46
45 Penduduk Gaza Ditahan Jadi Pengintip Israel

Kementerian Dalam Negeri Palestin yang berpangkalan di Gaza pada Selasa mengumumkan penahanan sejumlah 45 rakyat negara itu yang disyaki bersekongkol dengan operasi Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis di tenggara Gaza pada November lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Dalam Negeri Palestin yang berpangkalan di Gaza pada Selasa mengumumkan penahanan sejumlah 45 rakyat negara itu yang disyaki bersekongkol dengan operasi Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis di tenggara Gaza pada November lepas.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu video yang dikeluarkan pada Selasa oleh kementerian yang dikendali oleh Hamas, yang turut membabitkan pengakuan jelas menjadi pengintip Israel, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik saluran TV Al-Aqsa.

“Sejak beberapa tahun lepas, kami berjaya menangkap ramai pengintip dan pada akhirnya, sudah ditakdirkan mereka ke tali gantung,” kata Iyad al-Bazm, jurucakap bagi Kementerian Dalam Negeri di Gaza.

Tujuh rakyat Palestin dan seorang tentera Israel terbunuh dalam satu operasi penyamaran bagi membolehkan rejim itu menyusup masuk ke Khan Younis pada 11 Nov.